24
Jawapan:
Orang yang mengambil Upah Haji tidak perlu berniat
mandi sunat Ihram khusus untuk pengupah Haji.
14.18
Soalan:
Adakah boleh seseorang itu mengerjakan Upah Haji lebih
dari seorang?
Jawapan:
Mengerjakan Haji dibolehkan untuk seorang sahaja
bagi satu musim Haji, adapun menerima Upah Haji
lebih dari seorang untuk diserahkan kepada orang lain
bagi melaksanakannya adalah diharuskan.
14.19
Soalan:
Adakah wajib seseorang yang telah sembuh dari sakit
lumpuh mengerjakan Haji sedangkan sewaktu sakitnya ia
telah mengupah orang lain mengerjakan Haji untuknya ?
Jawapan:
Jemaah Haji yang telah mengupah hajinya di waktu ia
mengalami sakit lumpuh dan apabila ia sembuh dari
penyakitnya itu ia wajib membuat semula hajinya itu
jika berkemampuan.
14.20
14.21
Soalan:
Soalan:
Adakah dibolehkan seseorang yang sudah mengerjakan
Haji sewaktu belum baligh mengerjakan Haji untuk orang
lain selepas ia baligh?
Jawapan:
Tidak boleh kerana ia belum menunaikan Haji Fardu
Jawapan:
bagi dirinya.
Mana yang lebih afdal bagi seorang yang membuat Badal
Haji Tamattu’, niat Umrah untuk dirinya dahulu atau orang
dibadalkan?
Afdal baginya untuk meniatkan Umrah bagi orang yang
dibadalkan kerana dia mengambil tanggungjawab dan
amanah, dahulukan yang wajib dari yang sunat.