SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 64

32
ii. Wajib Haji maksudnya ialah perkara atau pekerjaan
yang wajib dilakukan ketika mengerjakan ibadat
tersebut. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada
perkara-perkara wajib Haji itu maka
Hajinya sah
tetapi wajib ke atasnya Dam dengan syarat-
syaratnya serta berdosa jika ditinggalkannya yang
wajib itu dengan sengaja.
18. Cara-cara mengerjakan Haji
18.1
Soalan:
Bagaimana cara-cara mengerjakan ibadat Haji?
Jawapan:
Cara-cara mengerjakan ibadat Haji ada 3 cara:
Pertama : Cara lfrad
Kedua : Cara Tamattu’
Ketiga : Cara Qiran
18.2
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji lfrad?
Jawapan:
laitu berniat Haji sahaja pada bulan-bulan Haji dengan
niat Haji dan melaksanakan semua amal ibadat yang
berkaitan dengan Haji, Umrah pula bolehlah dilakukan
setelah selesai melaksanakan Haji.
18.3
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Tamattu’?
Jawapan:
laitu berniat Umrah pada bulan-bulan Haji dan
menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan
Umrah. Apabila tiba waktu Haji pada tahun yang sama
1...,54,55,56,57,58,59,60,61,62,63 65,66,67,68,69,70,71,72,73,74,...256
Powered by FlippingBook