SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 53

21
(Berlaku yang demikian itu dalam masa Haji Wada’
tahun 10 Hijrah).
14.8
Soalan:
Adakah sah Haji Badal orang yang diupah Hajinya semasa
berniat disebutkan nama sahaja tanpa “bin “nya?
Jawapan:
Sah Hajinya selagi diniatkan Haji itu untuk orang yang
ditentukan.
14.9
Soalan:
Seorang itu telah menunaikan ‘Umrah tetapi belum
menunaikan Haji, adakah dibolehkan ia menunaikan
‘Umrah untuk orang lain?
Jawapan: Boleh.
Rujuk: Kitab Al-Umm edisi lama, juzuk 3 muka surat 109.
14.10
Soalan:
Adakah disyaratkan izin untuk mengerjakan ibadat Haji
bagi ibu/bapa yang uzur yang tiada harapan sembuh atau
tua yang tidak berdaya atau yang telah meninggal dunia?
Jawapan:
Masalah izin untuk mengerjakan Haji bagi ibu/bapa
adalah seperti berikut:
1. Jika ibu/bapa itu uzur yang tiada harapan sembuh
atau tua yang tiada berupaya bagi mengerjakan
Haji maka disyaratkan izinnya.
2. Jika ibu/bapa itu meninggal dunia dan telah
mengerjakan Haji Fardu, disyaratkan wasiatnya
mengikut pendapat yang al-Asah (yang kuat).
1...,43,44,45,46,47,48,49,50,51,52 54,55,56,57,58,59,60,61,62,63,...256
Powered by FlippingBook