16
Jawapan:
Tidak harus ditemani mahram kanak-kanak yang belum
mumaiyiz tetapi boleh dengan syarat (
) remaja
yang boleh menjaga keamanan diri dan keluarganya.
14. Ganti Mengerjakan Haji (Upah Haji / Haji Badal)
14.1
Soalan:
Seorang meninggal dunia sebelum mengerjakan Haji
sedangkan pada masa hayatnya ia berkemampuan,
adakah wajib dihajikan daripada hartanya?
Jawapan:
Wajib dihajikan daripada hartanya sebelum
dibahagikannya kepada waris-waris sama ada ia
berwasiat atau tidak.
14.2
Soalan:
Bolehkah ganti Haji bagi seorang yang telah mati? Apakah
dalilnya?
Jawapan:
Ya, boleh: Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan
daripada Buraidah, ia telah berkata:
Maksudnya: Telah datang seorang perempuan kepada
Nabi s.a.w. dan berkata: Sesungguhnya ibu hamba
telah meninggal dunia padahal ia tidak mengerjakan
Haji lagi. Adakah hamba menghajikan untuknya?
Sabda Rasulullah s.a.w. Ya, hajikanlah untuknya.”