SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 62

30
Bermaksud: Katanya tidak termasuk dalam erti kata
Qurbah (amalan yang menghampirkan diri kepada
Allah) ialah maksiat yakni bererti dengan perkataan
Al-Qurbah di situ sesuatu maksiat. Maka tiadalah jadi/
sah nazarnya kerana hadis Nabi yang bermaksud
“Tiada Nazar dalam perkara maksiat.”
15.9
Soalan:
Apakah hukum berniat Umrah Nazar dan bagaimana lafaz
niatnya?
Jawapan:
Hukumnya wajib dan lafaz niatnya seperti “Sahaja aku
mengerjakan Umrah Nazar dan berihram dengannya
kerana Allah.”
16. Persediaan Menunaikan Haji
16.1
Soalan:
Apakah persediaan yang harus dilakukan oleh orang-
orang Islam yang hendak menunaikan fardu Haji?Adakah
wang perbelanjaan yang cukup menjadi matlamat yang
terpenting dengan tidak mengambil perhatian terhadap
perkara-perkara yang lain seperti solat, wajib Haji, rukun
Haji, cara-cara mengerjakan Haji dan lain-lain yang ada
hubungan dengannya?
Jawapan:
Selain dari Wang Perbelanjaan Haji, kesihatan dan
bekalan yang cukup, Jemaah Haji juga mestilah
1...,52,53,54,55,56,57,58,59,60,61 63,64,65,66,67,68,69,70,71,72,...256
Powered by FlippingBook