SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 44

12
3. Memakai wangian di badan atau pakaian.
4. Memakai celak.
5. Memakai alat solek.
6. Memakai inai.
7. Memakai minyak rambut bagi tujuan hiasan.
12.2
Soalan:
Adakah wajib seseorang perempuan menunaikan fardu
Haji bersendirian?
Jawapan:
Tidak wajib ia disyaratkan pergi bersama-sama dengan
suami atau mahramnya atau perempuan yang “thiqat”
iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang
tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan
thiqah atau seorang diri sekiranya ia yakin terjamin
keselamatan dirinya.
12.3
Soalan:
Adakah perempuan mesti meminta izin dari suaminya
untuk pergi menunaikan fardu Haji?
Jawapan:
la dikehendaki meminta izin dari suaminya, jika ia pergi
tanpa izin suaminya sah Hajinya tetapi berdosa kerana
melanggar izin suami.
Sebaik-baiknya tidaklah suami itu melarang isterinya
daripada menunaikan fardu Hajinya.
1...,34,35,36,37,38,39,40,41,42,43 45,46,47,48,49,50,51,52,53,54,...256
Powered by FlippingBook