11
tunggangan atau kenderaannya manakala ia bertalbiah
, maka disambut oleh yang menyeru dari
langit.
Maksudnya: “Tidak diterima seruanmu dan tidak
ada kebahagiaan bagi kamu, bekalan kamu haram,
perbelanjaan kamu haram, Haji kamu ditolak, tidak ada
pahala dan tidak ada ganjaran bagimu.”
11. Wang Perbelanjaan Haji
11.1
Soalan:
Adakah sah Haji seseorang yang menggunakan wang
pampasan insuran?
Jawapan: Sah Hajinya.
12. Haji Bagi Wanita
12.1
Soalan:
Apakah perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Jemaah
Haji wanita yang kematian suami di Makkah ?
Jawapan:
Perkara yang tidak boleh dilakukan ialah:
1. Memakai pakaian berwarna-warni (menarik
perhatian).
2. Memakai perhiasan (emas, perak atau permata).