SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 51

19
14.5
Soalan:
Seorang perempuan yang mengalami kecederaan tulang
belakang (beliau sudah menjalani pembedahan) telah
mengupah seseorang untuk menghajikannya pada tahun
1417H) sedangkan beliau boleh berjalan walaupun tidak
berapa kuat kerana orang tersebut memberitahunya boleh
menghajikan orang yang masih hidup dengan syarat ia
menghidap penyakit. Oleh kerana perkara ini telah berlaku,
adakah sah Haji Badalnya?
Jawapan:
Tidak sah Haji Badalnya itu, kerana ia bukan dalam sakit
yang putus asa daripada baik dan ia masih mempunyai
istito’ah untuk mengerjakan Haji bagi dirinya dan wajib
atas orang yang menghajikannya membayar balik
wang tersebut kerana tidak sah ijarahnya dan Haji itu
jatuh bagi diri orang yang mengambil upah.
14.6
Soalan:
Adakah diberi pahala bagi orang yang mengerjakan Haji
untuk si mati?
Jawapan:
Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan Haji untuk
bapanya atau ibunya maka sesungguhnya ia telah
menyempurnakan Haji untuknya dan baginya pahala
sepuluh kali Haji.”
Ya, bagi yang mengerjakan Haji itu juga mendapat pahala.
Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh al-Daruqutni
Rahimahullah berbunyi:
1...,41,42,43,44,45,46,47,48,49,50 52,53,54,55,56,57,58,59,60,61,...256
Powered by FlippingBook