18
4. la hendaklah seorang yang cukup keahlian bagi
mengerjakan Ibadat Haji itu dengan sempurnanya.
14.4
Soalan:
Bagaimana seorang yang uzur kerana sakit yang tiada
harapan sembuh atau terlalu tua hendak mengupah orang
lain mengerjakan Haji bagi dirinya?
Jawapan:
Caranya adalah seperti berikut:
1. Hendaklah ia mendapat seorang yang cukup syarat
bagi menerima upah mengerjakan Haji untuknya.
2. Mengupahkan kepada orang itu untuk mengerjakan
Haji bagi dirinya dengan ijab dan qabul seperti
berikut: “Aku mengupahkan akan dikau untuk
mengerjakan fardu Haji bagi diriku.”
Jawab orang yang menerima upah seperti berikut:
“Aku terima upah untuk mengerjakan fardu Haji
bagi dirimu”, yang lebih baik dilakukan lafaz ijab
dan qabul ini dengan cara ju’alah seperti ia berkata:
“Aku meletakkan tanggungan di atas zimmahmu
bagi menghasilkan Haji bagi diriku”.
Jawab penerima:
“Aku terima”.
3. Mengupahkan orang lain untuk mengerjakan Haji
itu boleh dilakukan dengan upah yang dipersetujui
oleh si penerima upah atau dengan cara sukarela.