SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 63

31
menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai
cara-cara hendak mengerjakan ibadat Haji itu
merangkumi rukun-rukun, wajib-wajib, sunat-sunat,
sah, batal, haram dan sebagainya.
16.2
Soalan:
Adakah wang perbelanjaan menunaikan Ibadat Haji
seseorang isteri wajib ditanggung oleh suami?
Jawapan:
Wang Perbelanjaan Haji seseorang isteri tidak wajib
ditanggung oleh suami, kerana ia tidak termasuk dalam
nafkah yang wajib atas suami terhadap isteri. Walau
bagaimanapun sunat seorang suami membiayai Haji
isterinya.
17. Rukun/Wajib Haji
17.1
Soalan:
Terangkan dengan jelasnya apa maksud:
i. Rukun Haji
ii. Wajib Haji
Adakah menjadi satu kesalahan kepada Jemaah Haji
sekiranya meninggalkan salah satu daripada perkara-
perkara tersebut dan andainya berlaku yang demikian itu
sama ada secara sedar atau tidak adakah sah Hajinya
itu?
Jawapan:
i. Rukun Haji ialah pekerjaan asas yang mesti
dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan
Haji, sekiranya salah satu daripada rukun Haji itu
tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa
maka Ibadat Hajinya tidak sah.
1...,53,54,55,56,57,58,59,60,61,62 64,65,66,67,68,69,70,71,72,73,...256
Powered by FlippingBook