26
Haji kali pertama itu gugur Haji Fardu dan nazarnya?
Jawapan:
Haji yang ditunaikannya itu jatuh Haji Fardunya dan
wajib ke atasnya mengerjakan Haji Nazarnya di tahun
yang lain.
15.3
Soalan:
Seorang yang belum menunaikan Haji bernazar untuk
mengerjakan Haji sekiranya dapat sesuatu hajat dan
tidak ditentukan tahunnya. Apabila hajatnya diperolehi,
belum sempat menunaikan Haji ia telah meninggal dunia.
Bagaimanakah cara warisnya hendak menghajikannya?
Jawapan:
Wajib ke atas warisnya mengupah keduanya iaitu Haji
FardudanHajiNazarsecaratertib(iaituHajiFardudahulu
kemudian Haji Nazar) dari harta peninggalannya.
15.4
Soalan:
Apakah hukum seorang bernazar hendak menunaikan
Haji pada “tahun ini” padahal ia belum menunaikan Haji
Fardunya?
Jawapan:
Seorang yang belum menunaikan Fardu Haji bernazar
untuk mengerjakan pada “tahun ini” seperti katanya:
“Kerana Allah wajib di atasku mengerjakan Haji pada
tahun ini,” maka jadilah tuntutan mengerjakan Fardu
Haji itu satu tuntutan yang wajib disegerakan.”
Apabila ia menyempurnakan Haji itu gugurlah tuntutan
kedua-dua (Fardu Haji dan Nazar). Fardu Haji itu gugur
dengan penyempurnaannya dan Nazar itu gugur
dengan penyegeraannya.