SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 55

23
14.14
Soalan:
Apakah hukum dan perbezaan membayar Upah Haji
melalui cek atau kad kredit?
Jawapan:
Diharuskan membayar Upah Haji tersebut dengan cek
atau kad kredit dengan keredhaan kedua-dua belah
pihak.
14.15
Soalan:
Apakah hukum seorang yang telah berniat Ihram Haji bagi
dirinya dan sebelum mengerjakan rukun Haji yang lain,
beliau mengubah pula niatnya kepada mengerjakan Haji
untuk orang lain sebagai Badal Haji?
Jawapan:
Tidak boleh kerana ia telah berniat Ihram untuk
dirinya.
14.16
Soalan:
Seorang jemaah Haji berniat Haji di dalam bas sebelum
bertolak ke Arafah, kemudian teringat bahawa beliau telah
diamanahkan untuk mengerjakan Haji untuk orang lain lalu
beliau pun berniat sekali lagi untuk orang yang dihajikannya
itu. Adakah sah Haji Badal itu?
Jawapan:
Apabila seseorang itu telah berniat Ihram Haji untuk
dirinya, maka ia tidak dibolehkan lagi berniat ihram Haji
untuk orang lain. Jika dilakukan tidak sah Haji Badal
itu bahkan Haji yang dikerjakannya itu adalah untuk
dirinya.
14.17
Soalan:
Adakah perlu bagi orang yang mengambil Upah Haji berniat
mandi sunat Ihram khusus untuk Pengupah Haji?
1...,45,46,47,48,49,50,51,52,53,54 56,57,58,59,60,61,62,63,64,65,...256
Powered by FlippingBook