14
12.8
Soalan:
Apakah hukum jemaah Haji perempuan menunaikan Haji
Sunat yang ditemani oleh perempuan-perempuan Thiqah?
Jawapan:
Tidak diharuskan bagi orang-orang perempuan
menunaikan Haji Sunat bersama dengan teman-teman
perempuan yang thiqah tetapi yang dibolehkannya
adalah bagi Haji yang wajib sahaja mengikut Qaul
yang Asah (
)
1
. Mengikut Qaul Muqabilul Asah
(
), harus bagi seorang perempuan
menunaikan Haji Sunat/Umrah Sunat tanpa mahram
dengan syarat:
1. Memastikan tidak ada
dan keselamatan
diri terjamin semasa dalam perjalanan Haji atau
Umrahnya.
Rujuk
-
Tuhfatul Muhtaj Juzuk 4 ms 25
-
Al-Fiqh ‘Alal Mazahib Al-Arba’ah Juzuk 1 ms 636
-
Manasikul Haj ms 103
12.9
Soalan:
Apakah hukum seorang isteri yang kematian suaminya
dalam masa perjalanan bersama menuju ke Makkah.
Bolehkah ia terus ke Makkah untuk mengerjakan Hajinya?
Jawapan:
Jemaah Haji yang kematian suaminya dalam
masa perjalanan ke Makkah adalah harus baginya
meneruskan ke Makkah untuk menunaikan hajinya
sekiranya ia tidak berupaya untuk berpatah balik, tetapi
jika ia dapat berpatah balik maka wajib di atasnya balik
semula.