SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 60

28
mengerjakan Umrah. Selepas sembuh dan pada waktu
berangkat ke Arafah beliau telah berniat Haji Qiran. Adakah
tertunai nazarnya dengan mengerjakan Haji Qiran itu?
Jawapan:
Ya tertunai nazarnya kerana ia telah menunaikan Umrah
Fardu dengan syarat ia hendaklah berniat Umrah
Nazar semasa berniat ihram. Contohnya “Sahaja aku
berihram Haji dan Umrah Nazar kerana Allah Ta’ala.”
15.8
Soalan:
Adakah wajib ditunaikan Nazar jika seseorang perempuan
itu bernazar untuk bercukur hingga menjadi botak semasa
bertahallul?
Jawapan:
Bercukur bagi orang perempuan untuk Tahallul Haji
atau Umrah sekurang-kurang hukumnya adalah
makruh malah setengah ulama’ menghukum dengan
haram kerana menyerupai orang lelaki.
Tersebut di dalam I’anatut Talibin juzuk 2 muka surat
291:
1...,50,51,52,53,54,55,56,57,58,59 61,62,63,64,65,66,67,68,69,70,...256
Powered by FlippingBook