SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 61

29
Maksudnya: (Perkataannya perempuan bergunting)
yakni semua perempuan termasuklah kanak-kanak
perempuan yang kecil dan orang khunsa dan
perkataannya bergunting lebih aula daripada bercukur
ialah kerana hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Daud dengan Sanad yang Hasan yang bermaksud:
“Tiada dituntut ke atas orang perempuan bercukur,
bahkan yang dituntut ke atas orang perempuan
ialah bergunting. Berkata al-Khatib di dalam kitab
“Mughninya” Tiada diperintah orang perempuan
bercukur kerana telah diijmakkan oleh ulama’ bahkan
dimakruhkan baginya bercukur itu mengikut qaul yang
asah, sebagaimana di dalam al-Majmu’ dan setengah
ulama’ mengatakan haram kerana bercukur itu adalah
‘aib bagi perempuan yang menyerupai perbuatan orang
lelaki. Imam al-Azra’ie lebih condong kepada pendapat
yang mengatakan haram itu iaitu kepada perempuan
yang bersuami dan perempuan hamba yang dimiliki
sekira-kira tiada mendapat izin daripada suaminya atau
tuannya (bertahallul dengan bercukur itu).
Dari kenyataan ini nyatalah bahawa bertahallul dengan
bercukur bagi orang perempuan hukumnya adalah
makruh sekurang-kurangnya, dan boleh jadi haram
jika dia seorang isteri atau hamba yang tiada mendapat
kebenaran daripada suaminya atau tuannya. Oleh yang
demikian jikalau bertahallul dengan bercukur bagi
orang perempuan dihukumkan makruh/haram maka
bagaimana pula hukumnya jika perempuan bernazar
untuk berbuat demikian? Di dalam kitab-kitab Feqah
bernazar dengan suatu yang haram atau
yang maksiat tiadalah sah (tiada jadi) Nazar itu, begitu
juga dengan yang makruh. Tersebut keterangannya di
dalam I’anatut Talibin Juzuk 2 muka surat 360:
1...,51,52,53,54,55,56,57,58,59,60 62,63,64,65,66,67,68,69,70,71,...256
Powered by FlippingBook