15
13. MAHRAM
13.1
Soalan:
Terangkan permasalahan mahram dalam Ibadat Haji bagi
bakal Haji wanita Malaysia.
Jawapan:
Dari segi hukum mengenai wanita yang akan belayar
menunaikan fardu Haji bersama mahram adalah seperti
berikut:
a. Wajib seseorang wanita itu pergi menunaikan fardu
Haji bersama suami atau mahramnya.
b. Jika tiada suami atau mahram boleh ia pergi
bersama dua orang perempuan yang thiqah (yang
dipercayai amanah dan ta’at). Memadai juga dengan
seorang perempuan yang thiqah.
c. Harus ia pergi seorang diri sekiranya diyakini
keadaan dirinya dalam perjalanan selama
menunaikan fardu Haji itu aman dan selamat.
Memandangkan keadaan yang ada sekarang, bagi
seseorang bakal Haji wanita Malaysia itu SEBOLEH-
BOLEHNYA pergi bersama suami atau mahramnya
sahaja (tidak selainnya) untuk mengelakkan dirinya
daripada
dan kesusahan.
13.2
Soalan:
Seorang perempuan mengerjakan Haji Sunat, (mengikut
Qaul yang Asah) wajib ditemani oleh mahramnya. Adakah
boleh sekiranya mahramnya ini belum mumaiyiz lagi atau
sudah mumaiyiz tetapi baru berumur 5 atau 6 tahun?