SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 54

22
3. Jika ibu/bapa itu telah meninggal dunia dan belum
mengerjakan Haji fardu, tiada disyaratkan izinnya.
Rujuk: Al Majmu’ juzu’ 7 muka surat 112 & 113. Manasikul Haj muka surat
109
14.11
Soalan:
Seorang anak hendak membuat Haji Badal bapanya yang
sakit lumpuh, yang telah tiada harapan sembuh. Wajibkah
ia meminta izin dari bapanya terlebih dahulu?
Jawapan:
Ya, wajib ia mendapat izin daripada bapanya terlebih
dahulu.
14.12
Soalan:
Bolehkah seorang bapa/ibu tolong mengerjakan Umrah
anaknya yang sedang sakit di hospital dan dia telah berniat
Ihram Haji Tamattu’?
Jawapan:
Tidak boleh, dia dikehendaki menyempurnakan sendiri
Tawaf Umrah dan Sa’ienya dengan menggunakan
usungan atau kereta sorong atau menunggu
keadaannya sihat, atau boleh juga ia berniat Haji
Qiran apabila hendak ke Arafah kalau belum Tawaf
Umrahnya.
14.13
Soalan:
Di atas nama siapakah Dam Upah Haji dilaksanakan?
Adakah dinamakan dengan nama orang yang mengupah
atau orang yang mengambil upah ?
Jawapan:
Bayaran Dam dibuat di atas nama orang yang
mengambil upah (orang yang mengerjakannya).
1...,44,45,46,47,48,49,50,51,52,53 55,56,57,58,59,60,61,62,63,64,...256
Powered by FlippingBook