SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 59

27
Tersebut di dalam al-Bahjah:
Maksudnya: Adalah dihukumkan memadai (tertunai)
fardu mengerjakan Haji sebagai rukun Islam apabila
ditunaikan Haji dan Umrah yang dinazarkan pada tahun
ini.
15.5
Soalan:
Seorang jemaah Haji telah berjanji serta bernazar kepada
Allah bahawa ia akan menunaikan ibadat Haji pada setiap
tahun, disebabkan berlakunya sesuatu keuzuran padanya
tidak mengizinkan beliau mengerjakan Haji pada setiap
tahun. Adakah berdosa atau tidak?
Jawapan:
Di atas sebab-sebab keuzuran sehingga beliau gagal
menunaikan ibadat Haji setiap tahun seperti mana yang
telah dinazarkannya, beliau dikenakan kafarat nazar.
15.6
Soalan:
Seorang bernazar sekiranya mendapat sesuatu ia hendak
membawa anaknya menunaikan fardu Haji. Setelah
mendapat apa yang dihajatkannya itu anaknya pula tidak
mahu pergi bersamanya. Adakah dengan keengganan
anaknya itu maka gugurlah kewajipan atas nazarnya itu?
Jawapan:
Tidak gugur nazarnya (tidak lepas nazar).
15.7
Soalan:
Selepas mengerjakan Umrah seorang jemaah Haji yang
jatuh sakit dan bernazar sekiranya sembuh beliau hendak
1...,49,50,51,52,53,54,55,56,57,58 60,61,62,63,64,65,66,67,68,69,...256
Powered by FlippingBook