13
12.4
Soalan:
Sepasang suami isteri bercadang mengerjakan Haji
bersama-sama, tetapi suami hendak ihram Tamattu’
manakala isteri ihram lfrad. Adakah wajib isteri meminta
izin dari suami sebelum Ihram?
Jawapan:
Ya, wajib.
12.5
Soalan:
Adakah isteri perlu meminta izin suaminya yang pergi
bersama-sama sekiranya beliau hendak berihram secara
bersyarat?
Jawapan:
Tidak perlu.
12.6
Soalan:
Seorang perempuan telah diizinkan oleh suaminya pergi
menunaikan Haji, tetapi sebelum ianya pergi suaminya
telah meninggal dunia. Adakah dia boleh pergi menunaikan
Haji dalam masa Iddah mati itu?
Jawapan:
Tidak boleh kerana perempuan yang masih dalam
iddah kematian suami tidak dibenarkan oleh syara’
meninggalkan rumah.
12.7
Soalan:
Seorang perempuan yang masih di dalam iddah talaq raji’e,
adakah diwajibkan meminta izin dari bekas suaminya untuk
menunaikan fardu Haji?
Jawapan:
Ya, wajib meminta izin.