5
Maksudnya: Seorang perempuan telah menunjuk anak
lelakinya kepada Rasulullah s.a.w. serta berkata, Wahai
Rasulullah adakah bagi anak ini Haji? Jawab Rasulullah
s.a.w. “Ya, dan bagi puan pahala.”
4.4
Soalan:
Bolehkah kanak-kanak yang belum mumaiyiz mengutip
anak-anak batu dengan sendiri, atauwalinya perlumengutip
untuknya?
Jawapan:
Boleh, dan seelok-eloknya wali hendaklah memungut
dan memberi kepada anaknya untuk melontar atau wali
melontarkan untuk anaknya.
5. Berkemampuan
5.1
Soalan:
Apa erti berkemampuan dalam Ibadat Haji?
Jawapan:
Berkemampuan bererti mampu menunaikan fardu Haji
sama ada dengan sendirinya atau dengan pertolongan
orang lain.
5.2
Soalan:
Apa erti berkemampuan dengan sendirinya?
Jawapan:
Berkemampuan dengan sendirinya bererti:
i. Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan
untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam
tanggungan dan yang ditinggalkan.