6
ii. Mampu mendapatkan kenderaan untuk pergi dan
balik.
iii. Aman perjalanan bagi diri dan harta dari musuh
dan wabak penyakit.
iv. Sihat tubuh badan.
v. Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji dan
Umrah.
5.3
Soalan:
Apa maksud berkemampuan dengan pertolongan orang
lain?
Jawapan:
Berkemampuan dengan pertolongan orang lain
ertinya seseorang itu telah cukup semua syarat untuk
mengerjakan Ibadat Haji tetapi dia uzur kerana sakit
yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua dan orang
yang telah meninggal dunia dan mampu mengerjakan
haji semasa hayatnya, maka mereka boleh mewakilkan
kepada orang lain untuk menunaikan fardu Haji bagi
pihak dirinya.
5.4
Soalan:
Adakah orang buta wajib ke atasnya menunaikan fardu
Haji sekiranya tiada orang yang membantunya?
Jawapan:
Tidak wajib orang buta menunaikan fardu Haji
kecuali ada pembimbing dan ia berkuasa membayar
perkhidmatannya.