8
Haji melalui tindakan mahkamah sivil atau mahkamah
syariah kerana orang yang berhutang itu sentiasa berdolak-
dalik untuk menjelaskan hutangnya pada hal ia mampu?
Jawapan:
Boleh.
7. Harta (Yang Melebihi Keperluan)
7.1
Soalan:
Adakah wajib Haji di atas seorang yang ada mempunyai
rumah lebih dari keperluannya tetapi dia tidak ada wang
untuk perbelanjaan Haji?
Jawapan:
Mengikut Mazhab
orang yang sedemikian
wajib ke atasnya mengerjakan Haji. Dia wajib menjual
rumah yang lebih dari hajatnya untuk perbelanjaan
menunaikan fardu Hajinya.
7.2
Soalan:
Saya mempunyai dua buah rumah, sebuah untuk kediaman
saya dan sebuah lagi saya sewakan. Oleh kerana tidak
mempunyai wang simpanan, saya cagarkan rumah sewa
saya sejumlah RM60,000.00. RM20,000.00 saya gunakan
untuk menunaikan fardu Haji dan baki RM 40,000.00
saya bayar balik kepada bank, baki yang lain saya bayar
secara ansur melalui wang sewa rumah tersebut, adakah
diharuskan saya pergi Haji secara begini?
Jawapan:
Harus dan sah hajinya.
Peringatan: Segala transaksi hendaklah berdasarkan
hukum syara’.