SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 39

7
5.5
Soalan:
Adakah tertunai Rukun Islam yang Kelima bagi seorang
yang belum mampu menunaikan Haji, tetapi dengan
pertolongan anak-anaknya beliau dapat menunaikan fardu
Haji?
Jawapan:
Hajinya sah dan tertunai Rukun Islam Yang Kelima.
6. Masalah Berhutang
6.1
Soalan:
Adakah harus seseorang menunaikan Haji melalui
pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan?
Jawapan:
Harus bagi orang yang berhutang melalui skim
pinjaman wang daripada institusi kewangan untuk
menunaikan fardu Haji atau Umrah sekiranya diyakini
mampu membayar balik hutang tersebut dan tidak
menjejaskan kehidupan normal seseorang. Walau
bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Tidak ada unsur riba.
2. Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri
serta orang yang di dalam tanggungan untuk
melunaskan hutang dan perbelanjaan mengerjakan
Haji.
3. Kemudahan yang diambil di atas dasar
menyegerakan perintah Allah s.w.t.
6.2
Soalan:
Adakah dibolehkan seorang yang memberi hutang
menghalang orang yang berhutang dari menunaikan fardu
1...,29,30,31,32,33,34,35,36,37,38 40,41,42,43,44,45,46,47,48,49,...256
Powered by FlippingBook