3
Jawapan:
Tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh
menunaikan Haji.
Jika kanak-kanak yang mumaiyiz (yang tahu
membezakan antara kotor dan bersih), tahu kerja-kerja
Haji dan membuatnya sendiri, maka Hajinya sah tetapi
tidak menggugurkan fardu Haji dirinya. la boleh berniat
Haji bagi dirinya dengan syarat diizin oleh bapa atau
walinya.
Jika kanak-kanak itu belummumaiyiz dan ada bersama-
sama bapa atau walinya, maka bapa atau walinyalah
yang meniatkan dan melakukan kerja-kerja Haji bagi
kanak-kanak itu.
4.2
Soalan:
Bagaimana bapa atau wali berniat dan melakukan kerja-
kerja Haji dan Umrah bagi kanak-kanak yang belum
mumaiyiz?
Jawapan:
Cara bapa atau wali berniat dan melakukan kerja-kerja
Haji bagi kanak-kanak yang belum mumaiyiz adalah
seperti berikut:
i. Niat:
Bapa atau wali hendaklah berniat dalam hatinya
dengan
menjadikan
anak
tanggungannya
berihram.
Lafaz niatnya: Sahaja aku mengerjakan Haji
atau Umrah atau Haji dan Umrah untuk anakku/
tanggunganku dan aku berihramdengannya kerana
Allah S.W.T.