SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 29

xxix
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan inayahNya
Tabung Haji dapat mengeluarkan Buku Soal Jawab Ibadat Haji,
Umrah dan Ziarah.
Di dalam buku ini mengandungi soalan dan jawapan
yang berkaitan dengan Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah.
Jawapan-jawapan tersebut telah dikaji, dibahas dan
disediakan oleh Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Tabung
Haji-JAKIM) dengan rujukan masalah-masalah tersebut kepada
kitab-kitab Feqah Mazhab
yang mu’tabar.
Kemudian jawapan-jawapan tersebut telah dibawa
pula ke dalam majlis Muzakarah Haji Seluruh Malaysia untuk
mendapatkan pandangan dan penghalusan hukum-hakam
daripada ‘ulama’ yang mewakili negeri-negeri di majlis muzakarah
itu.
Sebagai hasilnya inilah buku, disajikan kepada kaum
Muslimin dan Muslimat sekalian, khususnya kepada bakal-bakal
haji, untuk menjadi bahan bimbingan dan rujukan semasa mereka
menunaikan Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah di Tanah Suci.
1...,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28 30,31,32,33,34,35,36,37,38,39,...256
Powered by FlippingBook