SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 30

xxx
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang bertungkus
lumus menyediakan buku ini, kerana daya usaha mereka yang
gigih dalammengkaji, membahaskan dan menyediakan jawapan-
jawapan bagi soalan-soalan yang telah diterima oleh Tabung
Haji. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-
peserta Muzakarah Haji Seluruh Malaysia yang telah menghalusi
lagi hukum-hakam yang terkandung dalam jawapan-jawapan
yang telah disediakan oleh Jawatankuasa tersebut.
Jemaah Haji adalah dijemput mengemukakan soalan-
soalan tambahan yang
perlu untuk dijawab dan
diketahui umum melalui buku ini bagi faedah Jemaah Haji yang
akan datang dan sekalian kaum Muslimin.
Semoga buku ini memberi manfaat yang sebaik-baiknya
kepada pembaca. Amin.
Salam hormat,
DATO’ PADUKA ISMEE ISMAIL
Pengarah Urusan Kumpulan
Dan Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji
JUN 2011
1...,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 31,32,33,34,35,36,37,38,39,40,...256
Powered by FlippingBook