SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 34

2
Haji
Umrah
Haji itu boleh dikerjakan
dalam bulan-bulan Haji sahaja
iaitu mulai daripada 1 Syawal
hingga naik fajar (masukwaktu
subuh) hari 10 Zulhijjah.
Umrah pula boleh dikerjakan
pada bila-bila masa
sepanjang tahun kecuali bagi
orang yang dalam Ihram Haji.
Umrah, tidak ada Wuquf,
Mabit di Muzdalifah, di Mina
dan melontar Jamrah.
2. Hukum
2.1
Soalan:
Apakah hukum mengerjakan Haji dan Umrah?
Jawapan:
Kedua-duanya adalah wajib dikerjakan sekali seumur
hidup. Sunat dikerjakan berulang-ulang kali.
3. Syarat
3.1
Soalan:
Ke atas siapakah Haji dan Umrah itu difardukan?
Jawapan:
Haji dan Umrah difardukan ke atas setiap orang
Islam yang baligh, berakal, merdeka (bukan hamba)
berkemampuan dan berkuasa sama ada lelaki atau
perempuan.
4. Haji Kanak-kanak
4.1
Soalan:
Apakah hukum Haji dan Umrah kanak-kanak yang belum
baligh?
1...,24,25,26,27,28,29,30,31,32,33 35,36,37,38,39,40,41,42,43,44,...256
Powered by FlippingBook