SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 36

4
ii. Menyempurnakan rukun danwajib-wajib Haji:Anak/
Tanggungan itu hendaklah dibawa bersama untuk
berwuquf, bermabit di Muzdalifah dan bermabit
di Mina dan dicukurkan atau bergunting. Adapun
Tawaf, Sa’ie dan melontar maka bapa atau wali
wajib mengerjakan kerja-kerja tersebut bagi dirinya
sebelum daripada mengerjakannya bagi anak-anak
yang tersebut.
iii. Penjagaan Larangan Dalam Ihram:
Bapa atau wali wajib menjaga anak/tanggungannya
dari melakukan perkara-perkara yang dilarang
dalam Ihram. Jika kanak-kanak itu (yang belum
mumaiyiz) melakukan perkara-perkara yang
dilarang dalam Ihram tidak dikenakan Dam.
Tetapi bagi kanak-kanak yang mumaiyiz wajib
disempurnakan Dam.
4.3
Soalan:
Apa hukum Haji yang dilakukan oleh kanak-kanak? Adakah
ibu bapa yang melakukan hajinya mendapat pahala?
Jawapan:
Haji yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah Haji
sunat, tidak menggugurkan Haji fardunya. Ini bererti
apabila ia baligh wajib ia mengerjakan Haji fardu. Ibu
atau bapa yang melakukan Hajinya dan mendapat
pahala, berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh Abu
Isa al-Tarmizy dengan katanya:
1...,26,27,28,29,30,31,32,33,34,35 37,38,39,40,41,42,43,44,45,46,...256
Powered by FlippingBook