SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 42

10
Jawapan:
Sah Hajinya dengan wang yang haram tetapi berdosa,
pendapat Imam Ahmad pula tidak sah berdasarkan
hadith:
Maksudnya: “Bahawa Allah itu baik (bersih) tidak
menerima melainkan yang baik (bersih)”.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: Jika
seseorang keluar untuk menunaikan fardu Haji dengan
nafkah yang baik (halal) dan ketika meletakkan kakinya
pada tali pelana (tempat berpijak untuk menaiki
tunggangan atau kenderaan) maka menyerulah ia:
Maka disambut oleh yang menyeru dari langit:
Maksudnya: “Seruan kamu diterima dan bahagialah
kamu, bekalan kamu itu halal, kenderaan atau
tunggangan kamu halal dan Haji kamu Haji Mabrur
(tidak ditolak).”
Sebaliknya jika seorang keluar menunaikan fardu
Haji dengan perbelanjaan yang haram dan kotor dan
meletakkan kakinya di tali pelana untuk naik ke atas
1...,32,33,34,35,36,37,38,39,40,41 43,44,45,46,47,48,49,50,51,52,...256
Powered by FlippingBook