20
Dandiriwayatkandaripada Ibni ‘Abbas r.a. bahawasanya
Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan Haji untuk
seseorang yang mati nescaya ditulis bagi orang yang
mati itu pahala satu Haji dan bagi yang mengerja-
kannya pula pahalanya tujuh kali.”
14.7
Soalan:
Bolehkah orang perempuan mengerjakan Haji untuk orang
lelaki yang telah mati atau sebaliknya serta terangkan
dalilnya?
Jawapan:
Ya, boleh dalilnya ialah hadis daripada Ibni ‘Abbas r.a.
dia berkata:
Maksudnya: “Bahawa seorang perempuan dari kaum
Khas’am telah berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya
Allah telah memfardukan Haji ke atas hamba-Nya, saya
dapati bapa saya terlalu tua, tidak dapat duduk atas
kenderaan. Adakah saya boleh menghaji-kannya?
Jawab Rasulullah s.a.w. “Ya.”