17
14.3
Soalan:
Apakah syarat-syarat bagi orang yang menerima wakil
untuk mengerjakan Haji orang lain yang diwakilnya?
Jawapan:
Syarat-syaratnya seperti berikut:
1. Orang yang menerima badal haji itu telah pun
menunaikan fardu Haji bagi dirinya sendiri dengan
sempurnanya.
2. Hendaklah penerima badal haji melakukan Haji itu
untuk seorang sahaja bagi satu-satu musim Haji.
3. la hendaklah berihram di Miqat orang yang hendak
dihajikannya atau pada tempat yang sama jauhnya
dengan Miqat itu. Jika ditentukan Miqatnya untuk
berihram hendaklah ia berihram pada Miqat yang
ditentukan itu. Jika tidak ditentukan mana-mana
Miqat maka harus bagi orang yang mengambil
upah Haji itu berihram pada mana-mana Miqat yang
dilaluinya.
Bagi penduduk Makkah, sama ada bermastautin
atau bermuqim yang mengambil upah Haji, wajib
ia keluar ke Miqat orang yang dihajikannya atau
boleh juga dimana-mana Miqat yang lebih hampir
kepadanya. Jika ia berihram pada Miqatnya di
Makkah nescaya ia berdosa dan wajib ia membayar
Dam. Inilah qaul yang muktamad di sisi Sheikh Ibnu
Hajar dan Sheikh Ramli.
Pendapat al-Muhib al-Tabary adalah diharuskan
orang Makkah itu berihram di Makkah dengan tiada
dikenakan Dam dan tidak dikurangkan upahnya.