33
ia akan berihram Haji pula dan menunaikan amal ibadat
yang berkaitan dengan Haji.
18.4
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Qiran?
Jawapan:
laitu berniat Haji dan Umrah serentak pada bulan-bulan
Haji kemudian menunaikan semua amal ibadat yang
berkaitan dengan Haji, Umrah pula dikira telah selesai
apabila selesai menunaikan haji.
18.5
Soalan:
Seorangmembuat Umrah dalambulan-bulanHaji kemudian
ia keluar semula ke Miqat untuk berihram Haji seperti ke Bir
Ali, di Madinah. Adakah Haji cara ini dikatakan Haji lfrad
atau Tamattu’ dan adakah diwajibkan Dam?
Jawapan:
Cara ini dinamakan Haji Tamattu’ tetapi tidak wajib
di atasnya membayar Dam kerana ia berniat Ihram di
Miqat.
18.6
Soalan:
Mengapa orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan
Dam?
Jawapan:
Orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan
Dam kerana ianya mengerjakan Umrah dan Haji dalam
bulan-bulan Haji pada tahun yang sama. Dikatakan
juga kerana ia bertamattu’ (bersedap-sedap dengan
menanggalkan Ihram setelah berihram) dalam bulan-
bulan Haji dan tidak keluar ke Miqatnya atau ke suatu
tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya 2 marhalah
dari Tanah Haram itu untuk berniat Ihram Haji.