SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 68

36
18.11
Soalan:
Apakah pula syarat-syarat dikenakan Dam bagi orang yang
mengerjakan Haji Qiran?
Jawapan:
Syarat-syaratnya seperti berikut:
1. la bukan penduduk Tanah Haram
2. la tinggal di tempat yang jaraknya dua marhalah
atau lebih dari Tanah Haram
3. la tidak kembali ke Miqatnya atau ke tempat yang
jaraknya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram.
18.12
Soalan:
Apakah sebab-sebab bagi orang yang mengerjakan Haji
Qiran tidak dikenakan Dam?
Jawapan:
Ada orang yangmengerjakanHaji Qiran tidak dikenakan
Dam jika ada salah satu dari keadaan seperti berikut:
1. Dia adalah penduduk Tanah Haram
2. Tempat tinggalnya tidak sampai 2 marhalah dari
Tanah Haram (91 kilometer atau 56 batu).
3. Dia kembali ke Miqatnya atau ke tempat yang
jaraknya 2 marhalah atau lebih dari Tanah Haram.
18.13
Soalan:
Bilakah masanya yang sesuai bagi jemaah Haji Malaysia
yang ingin mengerjakan Haji lfrad bertolak dari Malaysia
ke Tanah Suci tanpa mengambil masa yang terlalu lama
berada dalam Ihram?
1...,58,59,60,61,62,63,64,65,66,67 69,70,71,72,73,74,75,76,77,78,...256
Powered by FlippingBook