SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 70

38
itu, telah terlarang dari melakukan perkara-perkara
larangan di dalam Ihram.
19.2
Soalan:
Apa yangwajib dibuat oleh orang yang hendakmengerjakan
Haji lfrad apabila sampai di Miqat?
Jawapan:
Wajib iamemakai Ihramsekiranya ia belummemakainya
dan berniat Ihram Haji.
19.3
Soalan:
Apa yangwajib dibuat oleh orang yang hendakmengerjakan
Haji Tamattu’setelah sampai di Miqat?
Jawapan:
Wajib ia memakai pakaian Ihram sekiranya ia belum
memakainya dan berniat Ihram Umrah.
19.4
Soalan:
Apa yangwajib dibuat oleh orang yang hendakmengerjakan
Haji Qiran setelah sampai di Miqat?
Jawapan:
Wajib ia memakai pakaian Ihram sekiranya ia belum
memakainya dan berniat Ihram Haji dan Umrah
bersekali/serentak.
19.5
Soalan:
Bolehkah melafazkan niat beramai-ramai dengan diketuai
oleh Ketua Kumpulan?
Jawapan:
Melafazkan niat beramai-ramai dengan diketuai oleh
Ketua Kumpulan tidak salah tetapi niat hendaklah ada
di dalam hati masing-masing.
1...,60,61,62,63,64,65,66,67,68,69 71,72,73,74,75,76,77,78,79,80,...256
Powered by FlippingBook