40
19.9
Soalan:
Semasa di dalam Ihram Haji seorang Jemaah Haji
perempuan telah bermimpi bersama suami sehingga keluar
air mani. Bagaimana Hajinya?
Jawapan:
Bermimpi tiada menjejaskan Hajinya. la wajib mandi
mengangkat hadath besar kerana keluar air mani. la
tidak dikenakan Dam.
19.10
Soalan:
Jemaah Haji Tamattu’ setelah Wuquf, Mabit di Muzdalifah,
Mina dan melontar Jamrah balik ke Makkah pada 13
Zulhijjah selepas solat lsyak tertidur. Dalam tidur ia bermimpi
bersetubuh dan keluar mani. Bangun tidur didapati ada
kesan air mani dipakaiannya. la pun mandi hadath besar,
kemudian ke masjid lalu Tawaf serta Sa’ie diikuti solat
Subuh. Apakah hukum Hajinya?
Jawapan:
Hajinya sah. la tidak dikenakan Dam kerana hanya
mimpi bersetubuh walaupun keluar air mani.
19.11
Soalan:
Jemaah Haji memakai kasut di kaki yang sihat dalam masa
Ihram kerana hendak mengimbangkan kasut yang dipakai
di kaki palsu. Apakah hukum Ihramnya?
Jawapan:
Jemaah Haji memakai kasut di kaki yang sihat atas
tujuan mengimbangkan kasut yang dipakai pada
kaki palsunya adalah harus berbuat demikian tetapi
dikenakan Dam dan tidak berdosa.