SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 67

35
2. Dia tinggal di tempat yang jauhnya tidak sampai
2 marhalah dari Tanah Haram (91 kilometer atau
56 batu).
3. Dia keluar pada Miqat untuk berniat Ihram Haji.
4. Dia keluar kepada 2 marhalah dari Tanah Haram
atau lebih untuk berniat Haji di sana, kemudian
baru masuk Makkah untuk mengerjakan Haji.
5. Dia mengerjakan umrah tidak di dalam bulan-bulan
haji.
18.9
Soalan:
Bilakah masa yang sesuai melaksanakan Dam Tamattu’?
Jawapan:
Dam Tamattu’ itu boleh dilaksanakan pada bila-bila
masa selepas Tahallul ‘Umrah. Yang afdhalnya pada
Hari Nahar (Hari Raya Haji). Tidak harus dilakukan
sebelum Tahallul daripada Umrah dan hendaklah
penyembelihan itu dilakukan di Tanah Haram.
18.10
Soalan:
Mengapa orang yang mengerjakan Haji Qiran dikenakan
Dam?
Jawapan:
Sebabnya ialah ia mendapat kelebihan dan kesenangan
dari segi amalan-amalan Haji dan Umrah hanya
dikerjakan dengan sekali berserentak iaitu dengan
Tawaf yang satu, Sa’ie yang satu, bercukur atau
bergunting yang satu dan juga Miqatnya pun satu.
1...,57,58,59,60,61,62,63,64,65,66 68,69,70,71,72,73,74,75,76,77,...256
Powered by FlippingBook