SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 66

34
18.7
Soalan:
Apakah syarat-syarat dikenakan Dam bagi orang yang
mengerjakan Haji Tamattu’?
Jawapan:
Syarat-syaratnya seperti berikut:
1. la bukan daripada penduduk Makkah.
2. la tinggal di tempat yang jauhnya dua marhalah
atau lebih dari Tanah Haram.
3. la mengerjakan Haji dan Umrah dalam bulan-
bulan Haji pada tahun yang sama.
4. la tidak berniat Ihram Haji di Miqat bagi penduduk
negerinya atau bagi penduduk dari arah mana dia
datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan
Haji.
5. la tidak berniat Ihram Haji dari tempat yang
jaraknya 2 marhalah atau lebih dari Tanah Haram.
18.8
Soalan:
Setengah orang berkata ada di antara orang yang
mengerjakan Haji Tamattu ‘tidak dikenakan Dam, adakah
ini benar dan bagaimana?
Jawapan:
Benar, ada di antara orang yang mengerjakan Haji
Tamattu’ tidak dikenakan Dam sekiranya ia mempunyai
salah satu dari 5 keadaan berikut:
1. Dia adalah penduduk Tanah Haram
1...,56,57,58,59,60,61,62,63,64,65 67,68,69,70,71,72,73,74,75,76,...256
Powered by FlippingBook