SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 75

43
Jawapan:
Haid, nifasatauberadadi dalamjunub tidakmenghalang
seseorang itu untuk berniat Ihram sama ada bagi Haji
atau Umrah.
20.3
Soalan:
Seorang jemaah Haji wanita kedatangan haid sebelum
Tahallul Umrah, bolehkah ia mengupah orang lain sebagai
gantinya untuk Tawaf?
Jawapan:
Tidak boleh mengupah orang lain dalam masalah ini
kerana Tawaf termasuk di dalam rukun-rukun Umrah
dan ia hendaklah melaksanakan Tawaf itu sendiri
setelah suci dari haidnya.
20.4
Soalan:
Seorang perempuan berniat Ihram Umrah di Miqat,
ketika Tawaf pusingan ketiga datang haid lalu ia berhenti
Tawaf. Ketika hendak berangkat ke Arafah haidnya masih
belum suci lagi. Bagaimanakah caranya beliau hendak
mengerjakan Haji?
Jawapan:
Mengikutmazhab
tidakdibolehkanmemasukkan
Haji kepada Umrah sekiranya telah melakukan Tawaf
Umrah walaupun selangkah. Tetapi mengikut Mazhab
Maliki dibolehkan serta makruh selagi belum solat
dua raka’at sunat Tawaf maka jadilah Haji Qiran dan
dikenakan Dam Qiran. Sebelum bertolak ke Arafah
walaupun masih dalam keadaan haid, dia hendaklah
berniat Haji dan jadilah Haji Qiran.
Rujuk: Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-22
(Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu Juzuk 1 m.s 456 Cetakan Ketiga)
1...,65,66,67,68,69,70,71,72,73,74 76,77,78,79,80,81,82,83,84,85,...256
Powered by FlippingBook