37
Jawapan:
Masa yang sesuai bagi jemaah Haji Malaysia yang ingin
mengerjakan Haji lfrad berlepas ke Tanah Suci adalah
dengan penerbangan yang akhir dan terus berangkat
ke Madinah atau penerbangan yang dijadualkan terus
berangkat ke Makkah.
18.14
Soalan:
Bagaimana cara seseorang yang mengerjakan Haji
Tamattu’ boleh melakukan Tawaf Qudum?
Jawapan:
Jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu’ boleh
melakukan Tawaf Qudum apabila mereka telah selesai
Umrahnya mereka keluar ke Miqat Haji untuk berniat
Haji dan selepas itu masuk balik ke Makkah dan di sini
mereka disunatkan Tawaf Qudum.
18.15
Soalan:
Seorang jemaah Haji berihram Umrah dalam bulan Haji
untuk orang lain, kemudian ia mengerjakan Haji untuk
dirinya sendiri pada tahun yang sama dan berihram Umrah
selepas Haji, adakah dikira Haji lfrad?
Jawapan:
Hajinya adalah Haji Tamattu’ dan ia dikenakan Dam
Tamattu’.
19. Ihram
19.1
Soalan:
Apa ertinya Ihram?
Jawapan:
Ihram ertinya berniat mengerjakan Haji atau Umrah atau
kedua-duanya sekali. Dengan niat tersebut seseorang