39
19.6
Soalan:
Bagi jemaah Haji yangmasuk keMakkah dari arahMadinah,
di manakah lebih afdal untuk berniat Ihram di hotel atau di
Bir Ali?
Jawapan:
Berniat ihram di Bir Ali lebih afdal daripada berniat
Ihram di hotel kerana mengikut amalan Rasulullah
s.a.w. sendiri.
19.7
Soalan:
Jemaah Haji lelaki sebelum Tahallul Umrah telah memakai
kain sarung yang tidak disarungkan ketika mandi, adakah
dikenakan Dam?
Jawapan:
Hukum memakai kain sarung yang tidak disarungkan
ketika mandi adalah dibolehkan walaupun ia masih
dalam Ihram.
19.8
Soalan:
Adakah pakaian Ihram berwarna putih itu sunat untuk lelaki
dan wanita atau sunat untuk lelaki sahaja. Ini adalah kerana
dilihat ramai Jemaah Haji wanita dari negara-negara Asia
Barat memakai pakaian berwarna hitam?
Jawapan:
Sunat memakai pakaian Ihram berwarna putih untuk
lelaki mahupun perempuan.