45
Jawapan:
Menurut pendapat
bahawa darah itu
adalah darah haid menurut syarat dan kaedah haid. Ini
adalah Qaul Jadid manakala Qaul Qadim itu bukanlah
darah haid.
Rujuk: Muhgni Muhtaj m.s. 119, Juzuk 1
20.8
Soalan:
Jemaah Haji wanita keguguran selepas 4 bulan
mengandung bersifat manusia yang tidak menentu, tetapi
pihak doktor dapat menentukan bentuk sifat itu seperti
mata dan sebagainya iaitu bentuk yang tidak sempurna.
Apakah jenis darah yang keluar selepas keguguran itu?
Jawapan:
Darah yang keluar selepas keguguran itu dikira sebagai
darah nifas.
20.9
Soalan:
Apakah hukumdarah yang keluar dari kemaluan perempuan
selama 12 hari dan berhenti pula 2 hari, kemudian datang
semula beruncit-runcit selama beberapa hari?
Jawapan:
Hukum darah yang keluar dalam tempoh 15 hari adalah
darah haid dan darah yang keluar selepas 15 hari
darah istihadah. Adapun kedatangan darah selama 12
hari adalah darah haid dan berhenti selama 2 hari itu
dikatakan Fatrah An Naqa’ (detik berhenti darah).
20.10
Soalan:
Seorang jemaah Haji wanita berumur 62 tahun dan telah
berhenti (putus) haid selama 12 tahun. Semasa di Makkah
darah keluar dari kemaluannya selama lima hari. Mengikut
sifat darah dan cara keluarnya dari pengalamannya yang