SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 81

49
itu wajib dilakukan dengan berniat di dalam hati
“sahaja aku mengerjakan Umrah” sebelum memulakan
Tawaf Qudum atau ketika berada di Arafah sebelum
berakhirnya tempoh Wukuf dan ia sempat berwukuf.
Walau satu lahzah sekalipun setelah berniat Haji itu.
21.8
Soalan:
Apa hukum bagi seorang yang berniat Ihram sama ada
Haji atau Umrah setelah melampaui Miqat?
Jawapan:
Niat Haji atau Umrah itu sah tetapi ia dikenakan Dam
kerana meninggalkan Miqat (tidak berniat Ihram di
Miqat). Dam Tertib dan Taqdir.
21.9
Soalan:
Apakah hukumnya mengerjakan Haji atau Umrah dengan
berniat Ihram di Jeddah.
Jawapan:
Jeddah bukan Miqat tempat berniat. Berniat di Miqat
adalah satu daripada wajib-wajib Haji dan Umrah.
Sesiapa yang meninggalkan wajib-wajib Haji dan
Umrah ia dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.
21.10
Soalan:
Seorang petugas Haji yang berada di Madinah ingin
mengerjakan Umrah dan didapati tiada kenderaan yang
menuju ke Makkah, tetapi ke Jeddah dahulu. Kemudian
beliau berihram di Jeddah. Adakah sah Ihram beliau di
Jeddah?
Jawapan:
Sah Ihramnya dan dikenakan Dam. Berdosa sekiranya
disengajakan. Dam Tertib dan Taqdir.
1...,71,72,73,74,75,76,77,78,79,80 82,83,84,85,86,87,88,89,90,91,...256
Powered by FlippingBook