SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 78

46
dilalui darah itu darah haid. Masalahnya adakah perempuan
yang sebaya dengannya masih kedatangan haid lagi?
Jawapan:
Menurut penjelasan yang diberikan adalah darah yang
keluar itu ialah darah haid, kerana mengikut Mazhab
Syafi’e seseorang perempuan yang masih hidup
boleh pada bila-bila masa didatangi haid. Sungguh pun
umur ghalib perempuan putus haid semasa berumur
62 tahun.
Rujuk: Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-22 (Al-Fiqhul
Islami Wa Adillatuhu Juzuk 1 m.s. 456 Cetakan Ketiga)
21. Beberapa Masalah Mengenai Berniat Ihram
21.1
Soalan:
Seorang dari Madinah telah melakukan mandi sunat Ihram,
memakai ihram dan bersolat dua rakaat sunat Ihram tetapi
terlupa berniat di Bir Ali?
Jawapan:
Tidak sah Haji/Umrahmelainkan dengan berniat, kerana
ia adalah rukun. Walau bagaimana pun, boleh berniat
Ihram walaupun telah melepasi Miqat dan dikenakan
Dam menurut syarat-syaratnya.
21.2
Soalan:
Sebelum menaiki bas di Madinah untuk perjalanan ke
Makkah, jemaah Haji lelaki telah memakai pakaian Ihram
dirumahnya dan diikuti selepas itu dengan berniat Ihram
Umrah. Masalahnya apabila tiba di Masjid Bir Ali ia telah
mandi sunat Ihram kemudian memakai pakaian Ihram
semula dan solat sunat Ihram. Selepas itu ia tidak ingat
samada ia berniat Ihram atau tidak Apakah hukum niat
Ihram Umrahnya di rumahnya di Madinah itu?
1...,68,69,70,71,72,73,74,75,76,77 79,80,81,82,83,84,85,86,87,88,...256
Powered by FlippingBook