SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 88

56
21.20
Soalan:
Bolehkah seseorang jemaah Haji yang sudah berniat Haji
Qiran menukar niatnya kepada berniat Umrah?
Jawapan:
Tidak boleh mengikut Mazhab
Rujuk : al-Fiqhul Islami Wa’Adillatuh mukasurat 126
Buku Panduan Haji dan Umrah Manasikul Haji.
21.21
Soalan:
Bolehkah seseorang itu membatalkan niat Ihramnya
setelah berniat?
Jawapan:
Tidak boleh membatalkan niat Ihramnya.
21.22
Soalan:
Jemaah wanita selepas mengerjakan ibadat Haji ia telah
ke Tan’im berniat Ihram Umrah (Umrah Sunat) disana.
Sekembalinya dari sana dan sebelum sempat ia melakukan
Tawaf Umrah ia telah kedatangan haid. la lalu membatalkan
Umrahnya dan balik ke Malaysia. Apakah hukumnya?
Jawapan:
Seseorang yang telah berniat Ihram Umrah tidak
boleh membatalkannya begitu sahaja. la hendaklah
mengerjakan semua amalan Umrah iaitu Tawaf, Sa’ie
dan Tahallul. Jemaah wanita itu masih kekal di dalam
Ihram Umrahnya sekalipun ia telah tiba di kampung
halamannya di Malaysia dan masih terikat kepada
semua larangan di dalam Ihram. Untuk melepaskan
dirinya dari ikatan perkara-perkara yang dilarang di
dalam Ihram, ia hendaklah membuat Tahallul Ihsar
dengan menyembelih seekor kambing dan mengerat
rambutnya dengan niat Tahallul. la hendaklah kembali
1...,78,79,80,81,82,83,84,85,86,87 89,90,91,92,93,94,95,96,97,98,...256
Powered by FlippingBook