59
Jawapan:
la hendaklah berniat untuk dirinya jika di waktu
ia melafazkan itu belum lagi berniat tetapi jika pada
permulaannya itu ia telah berniat maka tidaklah
dikehendaki ia berniat lagi.
21.28
Soalan:
Seorang jemaah Haji memasuki Makkah tanpa berihram
kemudian pada 7 Zulhijjah ia berniat Ihram Haji di rumah
Maktab di Makkah dan melakukan Tawaf Qudum dan Sa‘ie
Haji. Apakah hukum ia masuk Makkah tanpa Ihram dan
adakah dikenakan Dam kerana berniat Haji di Makkah dan
apakah hukum Tawaf Qudum dan Sa’ie Hajinya.
Jawapan:
Memasuki Makkah dengan bertujuan mengerjakan
Haji/Umrah tanpa berihram di Miqat adalah haram dan
berdosa. la hendaklah kembali semula ke Miqatnya
untuk berniat. Jika ia tidak berkuasa hendak kembali
semula ke Miqatnya, ia boleh berniat di Makkah tetapi
dikenakan Dam Tertib dan Taqdir, Tawaf Qudum dan
Sa’ie Hajinya sah.
Rujuk: Manasikul Haji m.s 142
21.29
Soalan:
Apakah hukum seorang jemaah Haji berniat Haji di Padang
Arafah kerana terlupa berniat di rumah maktab?
Jawapan:
Hukum berniat Haji di Padang Arafah adalah sah
tetapi wajib membayar Dam kerana ia berniat selepas
Miqatnya. Miqat bagi jemaah haji yang berada di Makkah
adalah di Tanah Haram, Makkah. Jenis Damnya adalah
Tertib dan Taqdir.