SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 93

61
21.31
Soalan:
Seorang jemaah Haji perempuan niat Haji bersyarat di
Bir Ali sekiranya datang haid maka pada ketika itu beliau
jadi Halal. Haidnya berterusan hinggalah waktu bertolak
ke Padang Arafah, lalu beliau pun berniat Haji sekali lagi.
Selepas selesai Haji beliau pun mengerjakan Umrah pula.
Adakah beliau dikenakan apa-apa Dam dengan cara
begini?
21.32
Soalan:
Seorang jemaah haji sebelum Wuquf mengerjakan Umrah
Sunat. Setelah mengerjakan Tawaf ia terlupa mengerjakan
Sa’ie dan juga terlupa bergunting kemudian apabila sampai
masa bertolak ke Arafah ia pun berniat Haji. Apakah jenis
Haji yang dikerjakan itu dan adakah dikenakan Dam?
Jawapan:
Mengikut Mazhab
jemaah Haji tersebut tidak
dibolehkan berniat Haji tetapi mengikut Mazhab Maliki
ia dibolehkan berniat Haji dengan syarat sebelum ia
menunaikan solat sunat Tawaf, jenis Hajinya ialah Haji
Qiran dan dikenakan Dam.
Rujuk: al-Fiqh ‘Alal Mazahibil al-Arba’ah Juzuk 1 muka surat 690.
Jawapan:
Contoh dalil niat bersyarat seperti berikut:
Dari Aisyah r.a: Diba’ah binti Zuber masuk ke tempat
Rasulullah SAW dan berkata Ya Rasulullah saya ingin
melaksanakan haji akan tetapi saya sakit, maka
Rasulullah SAW bersabda laksanakanlah haji dan
bersyarat (menambah syarat dalam niat ihram) tempat
tahallulku di mana aku terhalang
(HR Muslim)
Niat bersyaratnya sah dan begitu juga niat ihram
hajinya. Ia tidak dikenakan apa-apa dam kerana haji
tersebut adalah menjadi Haji Ifrad
Nota
:
Niat bersyarat tidak hanya terikat bagi kes haid
sahaja. Bagi kes berpenyakit dan sebarang halangan juga
boleh niat bersyarat.
1...,83,84,85,86,87,88,89,90,91,92 94,95,96,97,98,99,100,101,102,103,...256
Powered by FlippingBook