SOAL JAWAB IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH - page 92

60
21.30
Soalan:
Seorang jemaah Haji lelaki niat Haji bersyarat, sekiranya
jatuh sakit maka beliau jadi Halal. Sampai di Arafah selepas
masuk waktu Wuquf beliau jatuh sakit. Dalam kedudukan
ini adakah beliau sudah jadi orang Halal. Bagaimanakah
kedudukan Tahallul Awwal dan Tahallul Thaninya. Begitu
juga bagaimanakah kedudukan rukun-rukun Haji dan wajib-
wajib Hajinya?
Jawapan:
i. Dengan jatuh sakit ia telah jadi orang Halal. la tiada
terikat lagi dengan rukun dan wajib Haji. Oleh itu
masalah Tahallulnya serta rukun dan wajib Hajinya
tidak timbul lagi.
Sekiranya sakitnya itu membawa kepada meninggal dunia,
adakah jenazahnya itu disempurnakan seperti mana orang
halal?
Jawapannya:
ii. Ya mayatnya ditajhizkan seperti mana mayat orang
yang tiada di dalam Ihram (orang Halal).
Apakah hukumnya sekiranya ia telah jadi orang Halal maka
ia berniat Ihram semula di Arafah dan seterusnya sempat
berwuquf?
Jawapan:
iii. Niat Ihram Hajinya dan Wuqufnya adalah sah. Oleh
itu ia dikehendaki menyempurnakan rukun dan
wajib Haji juga Tahallul Awwal dan Tahallul Thani.
Dikenakan Dam Tertib dan Taqdir kerana berniat
Ihram tidak di Miqat.
1...,82,83,84,85,86,87,88,89,90,91 93,94,95,96,97,98,99,100,101,102,...256
Powered by FlippingBook