52
Jawapan:
Seorang yang telah berniat Ihram tidak boleh keluar
dari Ihramnya kecuali kerana Ihsar iaitu tertahan dari
memasuki Makkah atau Masjidil Haram untuk
menyempurnakan rukun Haji atau Umrah dengan
sebab musuh atau penyakit. Jika berlaku sedemikian
hendaklah ia berniat Ihsar dengan menyembelih
kambing di tempat ia tertahan itu dan bercukur/
bergunting.
Maka orang yang disebutkan dalam masalah ini
haram ia keluar daripada Ihramnya.
Walaupun ia menanggalkan pakaian ihramnya, ianya
masih dihukumkan dalam berihram. Tidak boleh
melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam
masa berihram dan dikenakan Dam di atas apa yang
dilakukan daripada perkara-perkara yang terlarang
dalam Ihram termasuk membuka pakaian. la wajib
kembali semula ke Makkah untuk menyempurnakan
Umrahnya. Jika ia melakukan persetubuhan sebelum
ia menyempurnakan Umrahnya maka wajiblah ke
atasnya Dam Tertib dan Ta’dil, iaitu menyembelih
seekor unta dan seterusnya mengikut susunan yang
telah ditentukan.
Rujuk Kitab Matan Al-ldhah, muka surat 129 & 130)