58
21.25
Soalan:
Jemaah Haji hendak membuat Haji Tamattu‘ dari Madinah
sengaja tidak mahu berniat Umrah di Bir Ali kerana tidak
mahu menjaga larangan Ihram dalam perjalanan dan
apabila sampai di Makkah barulah berniat Umrah dari
Tan’im. Apakah hukumnya?
Jawapan:
Jemaah Haji yang sengaja meninggalkan berniat Ihram
di Miqat adalah haramdan berdosa serta dikenakan Dam
Tertib dan Taqdir. Hukum niat Umrahnya adalah sah.
21.26
Soalan:
Seorang jemaah Haji membuat Haji Tamattu’ dari Madinah.
Apabila sampai di Bir Ali ia berniat lfrad pula, walhal Damnya
sudah dikutip di Madinah. Apakah kedudukan Ihramnya
selepas itu?
Jawapan:
Apabila ia telah berniat Ihram Umrah di Madinah dan
setelahsampai di BirAli iaberniat Haji pula,maka jadilah
Hajinya itu Haji Qiran dan bukan jadi Haji lfrad dengan
itu ia dikenakan Dam menurut syarat-syaratnya.
Dam yang telah dibayar di Madinah itu adalah Dam
untuk Tamattu’.
Oleh yang demikian ia hendaklah mengubah aqad
Damnya kepada Qiran.
21.27
Soalan:
Seorang Ketua Kumpulan jemaah Haji di Miqat Bir Ali, telah
mengetuai melafazkan niat Umrah untuk ahli kumpulannya.
Adakah dibolehkan ia berniat lagi untuk dirinya kerana lafaz
yang terdahulu itu hanya untuk mengetuai kumpulannya
sahaja?