55
sempurna Tawaf ia pun mengerjakan Sa’ie. Dalam
perjalanan Sa’ie ke empat ia terasa penat dan balik ke
rumah lalu menukarkan pakaian ihramnya kepada pakaian
biasa. Kemudian bila tiba masa untuk ke Arafah kerana
Wuquf ia pun berniat Ihram Haji. Apakah hukumnya?
Jawapan:
Mengikut Mazhab
ia tidak dapat Haji walaupun
ia telah berniat Ihram Haji kerana ia telah mengerjakan
separuh kerja Umrah. Oleh itu selepas Sa’ie ia
hendaklah menggunting rambutnya sebagai Tahallul
Umrah kerana Sa’ie tersebut sebagai menyempurnakan
Sa’ie Umrahnya yang belum cukup tujuh kali berjalan
ketika ia bersa’ie sebelum ke Arafah itu.
21.18
Soalan:
Seorang jemaah Haji berniat Ihram Umrah di Bir Ali.
Sampai di Makkah sebelum Tawaf ia pun berqasad hendak
mengerjakan Haji Qiran. Adakah cara begini dibolehkan
dan adakah dikenakan apa-apa Dam?
Jawapan:
Harus dan wajib di atasnya Dam Qiran.
21.19
Soalan:
Seorang Jemaah Haji telah berniat Umrah, kemudian
ia berniat Haji pula, selepas itu ia meneruskan kerja
Umrahnya. Adakah sah Umrah itu dan adakah dia terikat
dengan Haji?
Jawapan:
Umrahnya tidak sah dan Hajinya menjadi Haji Qiran
dan dikenakan Dam Qiran iaitu Dam Tertib dan Taqdir.